Showing posts with label CCTV MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label CCTV MALAYSIA. Show all posts

JENIS CCTV : IR OUTDOOR CAMERA






IR Outdood Camera mempunyai rekaan seperti 'Topi' di atasnya sebagai pelindung.


IR OUTDOOR CAMERA adalah sejenis kamera CCTV yang amat sesuai digunakan di kawasan luar yang lebih memerlukan ketahnan cuaca, kepanasan haba, suhu matahari, hujan dan lain-lain kesan di kawasan luar bangunan yang tidak terlindung..




IR OUTDOOR CAMERA sesuai digunakan untuk memantau kawasan yang sememangnya selalu dibasahi air hujan, Hal ini adalah kerana, IR OUTDOOR CAMERA ini dibina untuik tahan terhadap air dan juga lebih kuat terhadap sebarang daya calaran.


KLIK DI SINI PADA WAKTU MALAM SAHAJA!

Selain itu CCTV jenis ini juga boleh melihat objek sasaran dalam keadaan gelap tanpa cahaya, ini adalah kerana ia dibina lengkap dengan teknologi inframerah yang sememangnya satu ‘unsur’ penting dalam teknologi CCTV ini. Jarak yang terpantau saat gelap adalah lebih kurang dalam10meter

KLIK DISINI UNTUK PROMOSI TERBARU !!

BY KOMET AUTOMOTION


JENIS CCTV : IR DOME CAMERA
























IR Dome Camera secara kegunaannyal lebih kompleks dari biasa Dome Camera yang lazim, Hal ini kerana, IR Dome Camera sudah dilengkapi oleh sistem Infra Red (IR) sehingga dapat melihat dalam keadaan yangbenar-benar gelap. IR Dome Camera adalah jawapan kepada pemantauan didalam gelap atau pada waktu malam..

IR Dome Camera ini sangat peka sehingga ia dapat mengesan objek dihadapannya dan memberikan gambar yang boleh dibaca bahkan dengan hanya pencahayaan minimum. Anda juga boleh meningkatkan kemampuan ini IR Dome Camera ini dengan menambah beberapa lampu sorot IR tambahan.Hasilnya anda akan lebih tersenyum dengan penuh selamat. :). Dan jangan lepaskan peluang dari Komet Automotion..iaitu pakej Promosi Hebat. Senyuman anda keutamaan kami..


DOME CAMERA (Kamera Kubah)





















Dome Camera adalah sesuai untuk mengawasi ruang yang tertutup seperti Pejabat, Rumah, Premis Perniagaan, juga boleh digunakan di gudang-gudang dan lain-lain ruang dalaman.

Dome Camera lazimnya diletakkan untuk diletakkan bahagian kaunter dan kedai kerana ia sesuai berada pada tempat yang tersorok,terlindung dan hampir dengan sasaran pemerhatian.

Kamera jenis Dome Camera ini akan sempurna hasilnya jika dipasang oleh tenaga pakar dalam pemasangan Dome Camera.



APLIKASI SISTEM CCTV













CCTV dalam sektor Industri sememangnya sinonim




Penjenayah tidak akan mudah terlepas dari perhatian CCTV



Aplikasi sistem CCTV tidak terhad dan sentiasa berkembang sesuai dengan perkembangan teknologi CCTV dari masa ke semasa demi memenuhi kehendak penggunanya.

Sistem CCTV sederhana lazimnya digunakan untuk fungsi yang lebih praktikal dan harganya tidak terlalu mahal. Sistem CCTV generasi kini lebih canggih dan dibantu oleh teknologi jalur lebar yang mana Anada boleh melihat rakaman langsung CCTV ditempat kejadian [pada masa yang sebenar.

CCTV dengan integrasi teknologi Komputer dan jalur lebar membolehkan kita memantau tempat kejadian yang jauh dimana-mana permukaan bumi ini secara terus dan dapat merakam segala kejadian yang berlaku malah boleh diulang tayang

Sistem CCTV dengan teknologi komputer boleh di integrasikan dengan sistem keselamatan yang lain, misalnya Sistem Alarm, Access Control, Sistem Mengesan kebakaran, dll.

Pendek kata, Sistem CCTV dapat digunakan dalampelbagai situasi dan pelbagai tempat,antaranya :

CCTV untuk Kedai Runcit, Mini market, Mall

CCTV untuk Bank

CCTV untuk Hotel

CCTV untuk Restauran

CCTV untuk Rumah sakit

CCTV untuk Kawasan Perumahan

CCTV untuk Sekolah

CCTV untuk Gudang, Pelabuhan

CCTV untuk Ruang Pejabat

CCTV untuk Industri, gudang, dan banyak lagi

Sebagai contoh aplikasi sistem CCTV dalam sector industri adalah berperanan sebagai yang berikut :

CCTV dapat mengawasi keluar masuk orang ke dalam Pejabat, Stor, dan Gudang.

CCTV dapat mengawasi keluar masuk kenderaan dan mengawasi lokasi parkir kenderaan.

CCTV dapat mengamati stok produk dan material di gudang penyimpanan barang.

CCTV dapat memantau Kerja-kerja Produksi di kilang-kilang.

CCTV dapat mengamati ruang-ruang tertentu yang di angap penting

Maka, CCTV adalah ‘mata’ kedua yang dapat membantu anda melakukan tugas mata sebenar anda. CCTV sememangnya banyak membantu anda ditambah pula sekarang bayak berlaku kejadian-kejadian yang tidak dingini dan tidak disangka-sangka.

Dalam hal ini, anda tidak perlu gusar, Komet Automation sentiasa membantu anda.Pihak Komet sentiasa peka dengan permasalahan ini sejak dahulu sehingga kini.

CCTV MALAYSIA







Perkembangan teknologi komunikasi dan informasi di dunia dan Malaysia khususnya bergerak dengan pesatnya. Segala penemuan dan kemungkinan baru telah mengarahkan kepada terhasilnya produk teknologi yang canggih dan pelbagai fungsi. Teknologi tersebut akhirnya memudahkan pekerjaan manusia. Termasuklah juga dengan Sistem Keselamatan (Security Sistem) yang memainkan peranan penting di era teknologi kini. Teknologi Sistem Keselamtan kini (Security Sistem) yang integrasi fungsinya akan memberikan kemudahan dalam proses pengawalan, penggunaan dan pemantuan yang mana lebih akurasi dan outomatik.

Sistem CCTV yang lazim biasanya terdiri dari beberapa kamera tertutup yang di tempatkan pada suatu tempat-tempat tertentu. Segala kejadian yang ada, dapat di pantau dengan monitor tv,lcd dan sebagainya. Segala perjalanan aktiviti boleh dirakam (hasil rakaman dapat di mainkan kembali apabila perlu) untuk bahan bukti dan sebagainya.


Keperluan CCTV Malaysia kini merupakan suatu keperluan yang penting dalam menjaga keselamatan keluarga, bangunan/gudang dan aset-aset lain yang penting. Ditambah pula kini terdapat ancaman-ancaman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kes jenayah pembantu rumah, perusuh, Pecah rumah, dan sebagainya, maka kepentingan CCTV Malaysia adalah ditahap yang amat tinggi. Penggunaan CCTV Malaysia telah membawa kepada kemajuan sistem keselamatan dimana ia adalah sebagai perakam bukti segala jenayah yang hendak dibawa ke mahkamah keadilan. CCTV Malaysia tidak lagi semahal nilainya yang lebih bernilai,namun harganya kini semakin mampu dimiliki malah oleh golongan pertengahan.