CCTV. KEPENTINGAN CCTV, BUKTI KES JENAYAH, CCTV ADALAH KEPERLUAN



 Bukti kes jenayah adalah satu kemestian dalanm
 kes pendakwaan


CCTV, adakah kita sedar akan kepentingannya atau kita tidak tahu kepentingannya atau kita buat-buat tidak tahu tentang kepentingannya. Ia memang seperti jenaka, namun ia lebih menjadi ‘jenaka’ apabila sesuatu yang tidak diduga berlaku kepada kita, keluarga, dan orang yang kita sayangi.

CCTV merupakan satu system keselamatan kamera tersembunyi yang menjadi semakin penting kini kerana ia merupakan alat penyimpanan bukti sesuatu kes jenayah yang boleh diguna pakai dalam system perundangan  di Negara kita.

Sebagai contoh, bagi sebuah keluarga yang mempunyai orang gaji yang menjaga bayi di  rumah mereka. CCTV boleh dikatakan menjadi keperluan untuk tuan rumah memastikan keselamatan anak mereka. Kewujudan CCTV di rumah itu sendiri adalah faktor utama yang mampu mencegah orang gaji dari melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anak kita. Keadaan seperti inilah yang kita harapkan iaitu lebih kepada mencegah. Namun jika berlaku juga sesatu yang tidka diingini, kepentingan CCTV sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia adalah bukti utama yang akan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah itu. Sekuarang-kurangnya penjenayah tersebut tidak terlepas begitu sahaja.




Kes jenayah yang tidak disangka-sangka boleh
 berlaku pada bilabila masa walaupun dengan 
orang yang dikenali.

Selain itu, bagi kes-kes kecurian, pecah rumah, rompakan, bukti rakaman wajah penjenayah adalah amat penting untuk membantu siasatan pihak polis dalam menjejaki penjenayah tersebut.

Terdapat satu kes yang diceritakan oleh rakan saya yang menceritakan bahawa 3 orang penjenayah telah memecah masuk ke rumah beliau TANPA memakai penutup muka atau topeng, memang sungguh berani penjenayah tersebut. Namun, bayangkan jika terdapat CCTV atau ALARM SYSTEM bagi saya, InsyaAllah, agak sukar untuk penjenayah tersebut melakukan aksi berani sedemikian rupa.

Oleh yang demikian, CCTV merupakan satu keperluan bagi mereka yang MEMENTINGKAN KESELAMATAN. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Jika anda ingin tahu mengenai produk CCTV untuk dipasang di kediaman, premis dan lain-lain tempat penting, anda boleh hubungi En. Abdul Muin  di talian 010-3041468  atau email : kom_et@yahoo.com     . Kami sedia membantu demi keselamatan anda dan keluarga.